Monday, December 6, 2010

GOUT

Assalamualaikum semua......
hari ini wife aku bercakap pasal penyakit....dia cakap aku dah macam tong dram dah,jadi dia pun start bagi ceramah kat aku...macam-macam dia bebel kat aku..dia suruh aku kurangkan makan makanan laut ngan makan daging.aritu dia ada ambil darah aku untuk cek kolestrol....salah satunya adalah penyakit GOUT...jadi di sini aku nak kongsi dengan kengkawan semua......


APA ITU PENYAKIT GOUT???

Penyakit gout adalah disebabkan oleh paras asid urik yang berlebihan dan terlalu tinggi dalam badan.Pengumpulan asid urik di dalam sendi,mengakibatkan keradangan iaitu sakit,kemerahan,kehangatan dan bengkak.Biasanya terjadi di sekitar sendi ibu jari kaki,buku lali,lutut sendi jari-jari tangan,pergelangan tangan dan siku.

SERANGAN GOUT AKUT

-biasanya berlaku secara mengejut dan cepat
-mulanya berasa sedikit gelisah
-selepas beberapa jam,sendi mula menjadi sangat sakit dan bengkak,hangat serta merah
-biasanya sakit kuat di awal pagi

APAKAH FAKTOR-FAKTOR RISIKO GOUT???

-kegemukan(obesiti)
-pengambilan alkohol
-tekanan darah tinggi
-fungsi ginjal yang tidak normal
-kurang minum air masak
-mengamal diet melampau
-pernak mengalami kecederaan di bahagian sendi

PENJAGAAN MAKANAN PESAKIT GOUT

-elakkan mengambil makanan tinggi purin
-elakkan mengambil protein terlalu tinggi
-elakkan minuman beralkohol
-minum banyak air(2-3 liter) sehari boleh membantu pembuangan
asid urik melalui air kencing
-elakkan makanan bergoreng(ia mengurangkan pengeluaran air kencing)
-lakukan senaman secara kerap

RAWATAN

-Colchicine digunakan untuk merawat gout akut,ia bertindak melegakan keradangan sendi akibat gout dan dimakan sehingga berlakunya cirit-birit
-Kortikosteroid biasanya diberi melalui suntikan ke dalam sendi yang mengalami keradangan untuk mengawal serangan akut
-Allupurinol digunakan untuk merendahkan asid urik didalam darah,ia akan menghalang punukaran purin kepada asid urik dalam makanan yang di ambil
-Probenacid digunakan untuk mengurangkan asid urik di dalam darah dengan memperbanyakkan pengeluarannya melalui air kencing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...