Tuesday, July 30, 2013

Dah lama sangat tak berblog-blog ni

salam semua....

dah lama benar aku menghilangkan diri yg x hilang ni...
aku pun xtau kenapa aku xbuka blog ni...
dah lama sangat aku tinggalkan blog ni...
korang masih ingat kat aku lg ke...
aku sekarang tgh sibuk dgn bisnes kecil-kecilan aku ni..aku skrg berniaga kat pasar malam kat kuantan...
aku niga baju fesyen untuk wanita melayu terawal ke terakhir pun aku xtau...
yg penting dapat rezeki yang halal...
tu je la setakat ni...
maafkan aku jika aku tersilap dengan korang ye...
jumpe lg semua...
salam sejahtera dan assalamualaikum.

Tuesday, February 8, 2011

Entah laaaaaa

Assalamualaikum semua............
Dah lama kita tak kongsi cerita sama-sama,aku pun dah lama tak on kat sini,bukan apa,aku sebenarnya kekurangan masa sekarang,kau orang semua apa macam sekarang,sihat semua?
Hahaha,aku pun pening ni,entah kenapa malam ni aku ada masa nak menaip,kau orang bagi la aku idea nak menaip ni,aku pun tak ada apa nak kongsi dengan kau orang semua,tapi sekarang aku dah ada kerja,tapi kerja aku kerja pergi dan mari...kah kah kah,.ok lah semua,lain kali ketemu lagi........

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tinggal 2010


2010 telah menjadi kenangan kepada kita semua,semoga kedatangan 2011 ini memberikan sinar baru dalam kehidupan kita,..2010 telah banyak mengajar ku erti kehidupan,dan tahun 2010 jualah mengajar ku mengenal apa itu persahabatan,..
Selamat datang 2011,semoga kedatangan tahun baru ini menambahkan lagi kematangan pada diri ku,..harapan ku pada tahun ini agar dapat memenuhi azam ku yang belum tercapai di tahun yang sudah,dan dengan kedatangan tahun baru ini dapat la kita mengeratkan lagi silaturahim antara sesama kita,yang jauh kita dekat-dekatkan,yang dekat kita erat-eratkan,semoga tahun 2011 ini membuka sinar baru kepada kita semua,..
Dapatlah aku jadikan tahun 2010 sebagai panduan perjalanan hidupku di tahun 2011 ini,yang buruk jadikan sempadan,yang baik kita jadikan ia sebagai teladan,harungilah tahun baru ini sebaik-baiknya...

Saturday, December 25, 2010

Aku kerja balak daaaa

aku ni dah lama tak kerja,..baru-baru ni abang ipar aku ajak la pergi kerja dengan kawan dia,kerja balak....dah aku ni tak tau apa pun pasal ukur mengukur ni,kau orang bayangkan penatnya aku pusing satu kawasan,.....
esoknya dia tak dapat datang,pas tu dia kirim kat abang ipar aku alatan ukur mengukur ni,abang ipar aku ni pun satu,dia pun sama je macam aku,satu apa pun dia tak tau,aku dengan abang ipar aku pun pergi la kat hutan yang kawan dia ni suruh pergi,dia bagi aku GPS dengan "entah apa kejadah aku nak panggil aku tak tau"untuk buat survey balak kat hutan tu,pusing punya pusing macam dia ajar tu,aku dapat la sedikit ilmu tentang balak ni,....
balak ni dia tak kira kecik ke besar semua dia sapu,kalau yang besar boleh buat kayu atau papan,tapi yang kecik lak dia ambik hantar kat kilang untuk di hancurkan,selepas tu proses membuat CHIPBOX di jalankan,sebelum dijadikan perabot...
kau orang bayangkan la,macam mana bumi kita ni tak panas,habis pokok kat dalam malaysia ni disapu bersih oleh anasir-anasir seperti ni,...tapi apa boleh buat duit adalah segala-galanya.....

Monday, December 20, 2010

assalamualaikum......
hari minggu baru-baru ini aku bawa anak-anak pergi ke pantai,dah lama diaorang nak pergi ke sana,cuma aku yang tak ada masa nak layan kerenah anak-anak ni....sampai-sampa je kat sana ada la ramai gak budak-budak dengan mak budak pun ada sekali main buaian....main punyer main anak aku dah mengamuk nak main buai pulak,tapi ada la 2 orang mak budak ni yang tak reti-reti nak turun dari buaian dari aku sampai kat tempat tu hinggalah anak aku mengamuk,apalagi bini aku pun mula la serangannya....dengan selamba badak dia ajak anak-anak aku pergi main buai lak..."jom-jom kita main buaian lak"depan mak-mak budak tuuuuu,masing-masing automatik angkat punggung..anak aku apa lagi melompat la dapat main buaian,lepas main buaian aku pun dah penat melayan kerenah diaorang ni,ajak punyer ajak...tak nak balik pulak,terpaksa la cari idea nak pujuk diaorang balik...apalagi,terpaksala cakap nak pergi taman satu lagi kat rumah aku tu.

ni anak aku yang kedua tengah main buaian

ni anak aku yang sulong,kakak...

anak aku yang sulong tengah control ayu dengan mama dia daaa

ni laa suasana kat taman semasa diaorang bermain..pening kepala jap.

ni artis baru tengah posing maut punyer,camana leh jadi model kanak-kanak tak...suka sangat bergaya depan kamera.

Monday, December 6, 2010

GOUT

Assalamualaikum semua......
hari ini wife aku bercakap pasal penyakit....dia cakap aku dah macam tong dram dah,jadi dia pun start bagi ceramah kat aku...macam-macam dia bebel kat aku..dia suruh aku kurangkan makan makanan laut ngan makan daging.aritu dia ada ambil darah aku untuk cek kolestrol....salah satunya adalah penyakit GOUT...jadi di sini aku nak kongsi dengan kengkawan semua......


APA ITU PENYAKIT GOUT???

Penyakit gout adalah disebabkan oleh paras asid urik yang berlebihan dan terlalu tinggi dalam badan.Pengumpulan asid urik di dalam sendi,mengakibatkan keradangan iaitu sakit,kemerahan,kehangatan dan bengkak.Biasanya terjadi di sekitar sendi ibu jari kaki,buku lali,lutut sendi jari-jari tangan,pergelangan tangan dan siku.

SERANGAN GOUT AKUT

-biasanya berlaku secara mengejut dan cepat
-mulanya berasa sedikit gelisah
-selepas beberapa jam,sendi mula menjadi sangat sakit dan bengkak,hangat serta merah
-biasanya sakit kuat di awal pagi

APAKAH FAKTOR-FAKTOR RISIKO GOUT???

-kegemukan(obesiti)
-pengambilan alkohol
-tekanan darah tinggi
-fungsi ginjal yang tidak normal
-kurang minum air masak
-mengamal diet melampau
-pernak mengalami kecederaan di bahagian sendi

PENJAGAAN MAKANAN PESAKIT GOUT

-elakkan mengambil makanan tinggi purin
-elakkan mengambil protein terlalu tinggi
-elakkan minuman beralkohol
-minum banyak air(2-3 liter) sehari boleh membantu pembuangan
asid urik melalui air kencing
-elakkan makanan bergoreng(ia mengurangkan pengeluaran air kencing)
-lakukan senaman secara kerap

RAWATAN

-Colchicine digunakan untuk merawat gout akut,ia bertindak melegakan keradangan sendi akibat gout dan dimakan sehingga berlakunya cirit-birit
-Kortikosteroid biasanya diberi melalui suntikan ke dalam sendi yang mengalami keradangan untuk mengawal serangan akut
-Allupurinol digunakan untuk merendahkan asid urik didalam darah,ia akan menghalang punukaran purin kepada asid urik dalam makanan yang di ambil
-Probenacid digunakan untuk mengurangkan asid urik di dalam darah dengan memperbanyakkan pengeluarannya melalui air kencing

Friday, December 3, 2010

airrrrrrr

bila dah lama tak kerja.....
abang ipar aku ajak aku tolong dia,sebab xtak cukup orang,buat kerja lak kat muazam,aku ni punya la letih,duk kat sana lak 2 hari,hari pertama balik dari kerja pergi cari hotel,sampai 3 buah hotel kami cari,semua tak ada air,apa lagi terpaksa gak la ambik salah satu,kalau tak nak tido kat mana,sampai la esoknya nak g kerja,air tak ada lagi,jawbnya tak mandi la pergi kerja,sampai tempat kerja terus je buat kerja,mandi tak mandi bila dah sampai umah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...